Year 1 Student Registration for 2015

March 1, 2014 Comments Off
Year 1 Student Registration for 2015

This is for children born in 2008 to register for Year 1 in 2015. Year 1 registration for 2016 will not be opened until further notice.

Please refer to the following guidelines (in Malay) for Year 1 2015 Registration…

 

Pendaftaran Murid Tahun Satu Tahun 2015

Makluman untuk ibu bapa dan penjaga yang menetap di negeri Selangor dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 sahaja.

Permohonan murid tahun satu bagi sesi kemasukan tahun 2015 akan dibuka bermula pada 1 Mac – 30 April 2014. Permohonan selepas tarikh tersebut dikira sebagai permohonan lewat.

Sila klik link berikut untuk terus ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online :
http://apps.moe.gov.my/esppsel/

1. Sebelum mengisi permohonan secara online, ibu bapa/penjaga
2. Digalakkan membaca Tatacara dan Panduan Permohonan terlebih dahulu.
3. Selepas itu mulakan proses Permohonan Online. (Penting: Daerah – Petaling Utama)

NOTA: Tarikh permohonan murid tahun satu bagi sesi kemasukan tahun 2016 masih BELUM dibuka lagi dan akan diumumkan
kemudian.

 

TINDAKAN IBU BAPA DALAM PROSES PERMOHONAN MURID UNTUK TAHUN 1 (2015 sahaja)
TARIKH TINDAKAN IBU BAPA DOKUMEN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN

1 – 30 APRIL 2014:
PENDAFTARAN

  1. Mengisi permohonan secara online: http://apps.moe.gov.my/esppsel/
  2. Cetak dokumen permohonan yang sudah diisi
  3. Hantar dokumen permohonan ke sekolah yang dipohon untuk dibuat perakuan:
    - Dokumen permohonan
    - Sijil lahir murid (asal)
    - Salinan : Sijil lahir murid, Bil elektrik, Sijil perkahwinan, Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga

 

10 MEI 2014:
UJIAN DIAGNOSTIK

  1. Sila bawa murid ke sekolah (Pakaian seragam tadika)
  2. Masa ujian : 9.00 hingga 10.00 pagi Pensel, pemadam, pembaris

 

1 – 31 OGOS 2014:
Pengumuman keputusan penempatan murid secara online

  1. Klik Semakan Status Permohonan
  2. Cetak dokumen penempatan dan hantar ke sekolah
  3. Bawa:
    - Dokumen penempatan
    - Sijil lahir murid (asal)

 

1 – 30 SEPT 2014:
Proses Rayuan melalui sistem online

  1. http://apps.moe.gov.my/esppsel/

 

 

Comments are closed.